Isnin, 23 Januari 2017

perkembangan sistem pendidikan sebelum dan selepas kemerdekaan



PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN

Nama ahli kumpulan:
MUHAMMAD AKMAL BIN BAHARUDIN
AZIZ MUIZZUDIN BIN AZIZ MUSTAFA
MUHAMMAD AZHIM BIN BAHARI
MUHAMMAD IKHWAN BIN HANAFI
MUHAMMAD NUR AIMAN BIN HARSAN

Kelas:sku3

Krusus:MPU 1152 pengajian malaysia
Kelas:sku3
Sesi:november
Nama pensyarah:Nazelira binti Rahim

PENGHARGAAN


Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus inidengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada puan nazelira binti rahim ,Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (MPU1152) di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasihkepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung aatau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigmadalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa initergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagairenung-renungan dan selamat beramal.


"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapiadakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"


PENGENALAN



Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disebut sebagai sekolah-sekolah yang wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Sistem ini telah dikawal sepenuhnya oleh pihak penjajah Inggeris. Tujuan utama di wujudkan sekolah dan sistem pendidikan pada waktu ini lebih kepada kepentingan politik pihak penjajah itu sendiri bukan bagi kebaikan rakyat tempatan. Ia juga dikenalpasti bertujuan agar perpaduan tidak wujud dikalangan rakyat Tanah Melayu
Ia  merupakan satu sistem vernakular yang tidak seragam, dimana rakyat dibahagi mengikut kaum, kepentingan dan fungsi ekonomi mereka. 4 jenis sekolah telah diwujudkan, antaranya Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah India dan Sekolah Inggeris. Ciri-ciri utama sistem persekolahan ini adalah:-

1.         Sekolah-sekolah yang di dirikan adalah mengikut kaum : Sekolah Melayu untuk kaum Melayu, Sekolah Cina untuk kaum Cina dan Sekolah Tamil untuk kaum India. Manakala Sekolah Inggeris adalah untuk sekolah anak-anak pegawai British.

2.         Bahasa pengantar yang berbeza : tiada keseragaman bahasa antara sekolah-sekalah ketika itu iaitu Sekolah Melayu menggunakan Bahasa Melayu, Sekolah Cina menggunakan bahasa ibunda mereka begitu juga Sekolah Tamil menggunakan Bahasa Tamil.

3.         Sekolah terdapat dikawasan-kawasan tertentu sahaja : Di kampung-kampung adalah bagi kaum Melayu, pinggir bandar bagi kaum Cina dan di ladang-ladang bagi kaum India.
Pada waktu ini sekolah sudah dibahagikan kepada 2 peringkat persekolahan iaitu Pelajaran Rendah dan Pelajaran Menengah. Namun begitu terdapat lebih banyak sekolah rendah berbanding menengah kerana Sekolah Menengah diwujudkan untuk kepentingan penjajah sahaja.


PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM DAN SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN BRITISH


Pada dasarnya, sejarah pendidikan di tanah Melayu telah bermula sejak abad ke-14lagi. Namun begitu, corak pendidikan ketika ini adalah berbentuk tidak formal. Pendidikan inibermula seiring dengan perkembangan penyebaran agama Islam di negeri-negeriSemenanjung Tanah Melayu serta Kepulauan Melayu yang dipelopori oleh pedagang-pedagang Arab dan India yang datang untuk berdagang Asia Tenggara. Mereka merasakanbahawa pendidikan berbentuk keagamaan perlu di adakan di alam Melayu untuk membukapandangan masyarakat tempatan tentang ilmu pendidikan terutamanya ilmu pendidikanagama. Oleh itu, mereka telah berusaha untuk membuka sekolah-sekolah pondok terawal diSemenanjung Tanah Melayu seperti di Perlis, Kedah, Melaka, Terengganu.Namun setelah British kembali ke Tanah Melayu selepas pemerintahan Jepun, sistempendidikan diperbaiki semula mengikut budaya pendidikan zaman Inggeris. Pihak Britishtelah memperkenalkan sistem pendidikan di mana terdapat lima bentuk persekolahan iaitusekolah vernakular Inggeris, vernakular Melayu, vernakular Cina, vernakular India dansekolah Agama. Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh British ini lebih bersifat kepadaunsur-unsur perkauman kecuali sekolah Inggeris yang kebanyakannya dibuka di kawasan-kawasan bandar oleh mubaligh-mubaligh Kristian. Contohnya di Georgetown, Ipoh, KualaLumpur, Seremban, dan Melaka.Sistem persekolahan vernakular mengikut kaum yang diperkenalkan oleh British telahmenyebabkan terbatasnya pergaulan tiga kelompok kaum terbesar di Tanah Melayu iaituMelayu, Cina dan India. Ini kerana masyakat tidak dapat berinteraksi disebabkan pendidikanyang diterima adalah berbeza. Selain daripada itu, sistem pendidikan oleh pihak British jugaadalah lebih bersifat
dualistic
kerana hanya mengkhususkan pendidikan Inggeris dianggapsebagai pendidikan terbaik untuk golongan bangsawan dan para pembesar.

Manakala,rakyat biasa hanya layak untuk mendapatkan pendidikan di sekolah vernakular. SekolahInggeris telah dikhususkan oleh British untuk melatih anak-anak golongan bangsawan agar dapat menceburkan diri dalam bidang pentadbiran dan perkhidmatan awam di bawahpemerintahan British.

SEBELUM KEDATANGAN BRITISH

  1. berbentuk sekolah pondok
  2. pembelajaran secara turung temurung yang diwariskan daripada generasi seterusnya
  3. halatuju: melahirkan insan berkemahiran,berkebolehan dalam aspek teknik dan pratikal.
  4. falsafah pendidikan :melahirkan generasi yang beradap sopan dan hormat menghormati.
  5. pembelajaran berteraskan tauhid,akidah dan akhlak.
ZAMAN PEMERINTAHAN BRITISH
  1. terdapat 5 jenis pendidikan :sekolah inggeris,sekolah melayu,sekolah pondok,sekolah vernakular cina dan sekolah vernakular india.
  2. falsafah pendidikan :berbentuk kemahiran 
  3. halatuju pendidikan:menyekat peluang orang melayu mengembangkan bakat, memisahkan mereka daripada perkembangan sosio-ekonomi.

CANDANGAN-CADANGAN PENDIDIKAN
  1. penyata barnes,1950:
Pada Ogos 1950, satu jawatankuasa yang diketuai oleh L.J. Barnes ditubuhkan bagi mengkaji masa depan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Setelah menjalankan kajian, satu penyata yang dikenali sebagai Penyata Barnes disediakan dan dikemukakan kepada Kerajaan British pada tahun 1951. Panyata ini mengandungi syor-syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa ini. Antara syor-syor ini ialah:
a. Sekolah vernakular digantikan dengan sekolah kebangsaan.
b. Sekolah kebangsaan dibuka kepada semua kaum dan diajar oleh guru dari pelbagai kaum dan keturunan.
c. Sekolah rendah – Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Sekolah menengah – Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar.
d. Semua murid diberi pelajaran percuma di sekolah rendah selama 6 tahun.
Penyata ini dibantah oleh kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu membantah kerana kedudukan Bahasa Melayu tidak diberi kedudukan yang wajar. Bagi Cina, sekolah kebangsaan dianggap seolah-olah mengancam kebudayaan dan Bahasa Cina yang mereka banggakan. Orang India menentang kerana permintaan mereka supaya kedudukan sekolah Tamil dikaji telah ditolak oleh kerajaan
   
   2.penyata fenn-wu,1951

diadakan sebagai reaksi tidak puas hari masyarakat Cina terhadap laporan Barnes 1950. Laporan pendidikan Cina di Malaysia ini diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Profesor Dr. Wu Teh Yao yang bekerja dengan (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
Laporan ini mengkaji dan menilai semula semula kewajaran Laporan Barnes 1950. Masyarakat Cina bandar ketika itu menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa Cina dan kebudayaan Cina.
Pandangan dan kajian laporan ini kemudian diserap dalam Ordinan Pelajaran 1952.

  1. Sekolah vernakular iaitu sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Melayu dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayubahasa Cina dan bahasa Tamil dan bahasa kebangsaan juga diadakan.
  2. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Sekolah Inggeris) dikekalkan.
  3. Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu / Malaysia

    3.ordinan pelajaran,1952:


Ordinan Pelajaran 1952 merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu / Malaya untuk mengkaji Laporan Barnes (1950) dan Fenn-Wu (1951).

  1. Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. Sementara sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina dan Sekolah Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
  2. Bahasa Cina dan Tamil cuma diajar sebagai bahasa ketiga.

    4.penyata razak,1956:


Penyata Razak 1956 merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956 sebagai salah satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu.[1] Nama laporan ini telah diambil sempena daripada nama Menteri Pelajaran iaitu Tun Abdul Razak. Matlamat beliau adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya.[1] Laporan ini telah digabungkan ke dalam Seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957 untuk membekalkan asas kepada rangka pelajaran atau kemerdekaan Malaya yang akhirnya dikenali sebagai Malaysia.



Laporan Razak telah bertolak ansur di antara Laporan Barnes (digemari oleh orang Melayu) dan Laporan Fenn-Wu (digemari oleh orang Cina dan India) dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa bahasa pengantar bagi SRK. Dahulunya, Laporan Barnes telah diserahkan kepada undang-undang sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Apabila Laporan Razak mengetengahkan bahasa Melayu sebagai medium bahasa yang utama di dalam pengajaran, [perlu rujukan] ia juga membenarkan pengekalan dalam menggunakan medium bahasa yang lain di sekolah.


    5.penyata rahman talib,1960:



Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-



Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar. Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah,dan menengah atas Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras. Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah:


Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma · Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. · Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. · Murid naik darjah secara otomatik · Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang. · Pendidikan akhlak dititikberatkan. Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.

Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Keadaan ini menyukarkan usaha menyatukan mereka

     6.laporan aminuddin baki,1965:

Dato' Seri Aminuddin Baki (26 Januari 1926 - 25 Disember 1965) ialah "Bapa Pendidikan Malaysia" serta bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan) yang paling muda ketika berusia 36 tahun. Beliau mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini, termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Penyata Razak pada tahun 1956, dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960. Banyak sekolah dan institusi di Malaysia telah dinamakan sempena namanya.

Pada 26 November 2015, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengurniakan darjah kebesaran Darjah Seri Paduka Mahkota Perak secara anumerta sempena hari keputeraan Sultan Perak bagi mengenang jasa Aminuddin.

     7.jawatankuasa karbinet,1974:



Perubahan aspek pendidikan yang dibuat dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974:

1. mengkaji sistem pendidikan dan keperluan sumber manusia

2. penekanan aspek membaca, menulis dan mengira

3. kenaikan darjah secara automatik
4. sekolah vokasional ditekankan
5. pelaksanaan KBSR dan KBSM

    8.laporan jawatankuasa kabinet,1979:

  • laporan jawatankuasa kabinet 1979 dibentuk adalah hasil daripada maklum balas dan laporan daripada jawatankuasa kabinet 1974.
  • penegasan kepada pendidikan asas 3m membacamenulis dan mengira.
  • penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini.
  • pendidikan menengah atas melalui dua jurusan ,akademik dan vokasional.
  • penegasan kepada kurikulum.
  • peluang melanjukkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun.
  • melincinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya,sistem pendidikan malaysia samakin pesat berkembang mengikut peredaran masa.Pihak kementerian pelajaran malaysia juga perlu peka dengan perubahan alam pendidikan dan mengenalpasti system pendidikan yang bersesuaian selaras dengan global. Dengan kerja ini semua maklumat dapat diguna pakai untuk masa depan seseorang indibidu atau generasi muda demi malaysia yang tercinta sekiaan terima kasih.


RUJUKAN   
1.ngkameng8@gmail.com
2.www.slideshare.net/.../sistem-pendidikan-sebelum-dan-selepas-mer..